Sunday, May 30, 2010

Macam-macam 1







Bunuh Diri

Seorang anak muda duduk di sebuah bar. Dia menatap hampa pada gelas
minuman. Dia melakukan hal itu kurang lebih satu jam lamanya.Kemudian,
datanglah seorang ganster, merebut gelas minuman orang itu dengan kasar,
lalu segera meneguknya sampai habis.Dan tiba-tiba anak muda itu menangis
tersedu-sedu...
 
Gangster itu terkejut, menepuk bahunya dan berkata,"Hei, anak muda, saya
kan cuma bergurau. Mari saya belikan minuman lainnya. Saya tidak suka
melihat seorang lelaki bersikap manja seperti ini." "Bukan, bukan itu
masalahnya. Hari ini adalah hari paling malang. Pertama, aku baru saja
membuat syarikatku rugi 10 juta, boss memarahiku dan aku baru saja dipecat.
Kedua, ketika hendak pulang, kenderaanku hilang dicuri orang. Kata polis,
mereka tidak boleh buat apa-apa, Ketiga, aku terpaksa pulang naik taksi.
Tapi, dompetku tertinggal didalam taksi itu dan akhirnya hilang.Keempat,
ketika membuka pintu rumah, istriku ternyata sedang berlaku curang dengan
kawanku sendiri...
 
Dan di bar ini... aku berpikir untuk bunuh diri saja.Tapi, Anda baru saja
merebut gelas minumanku, yang telah kuisi dengan racun...
 
 

Nasi beryani 1 pinggan



Saturday, May 29, 2010

ALWAYS USE LEFT EAR FOR MOBILE PHONES

Safety Info- Spine-care

7 Cawan

Suatu pagi seorang gadis membawa termos singgah di sebuah kedai kopi untuk
membeli minuman sebagai bekalan kepejabatnya.
 
Gadis:"Encik, rasa-rasanya berapa cawan air boleh diisi kedalam termos
saya?"
 
Pelayan: "Saya rasa mungkin tujuh cawan."
 
Gadis: "Baiklah.....Bagi saya dua cawan teh,empat cawan kopi susu dan satu
cawan kopi tanpa gula.
 
Pelayan: aaa...?????

Sanggupkah Anda guna tandas mcm ni?





Wednesday, May 26, 2010

best x??





Bodoh Sombong...

Subject: Org Bandar vs Orang Asli




Dua orang pemuda sedang menikmati makanan di sebuah Restoran, kerana
menghadiri seminar Kebudayaan. Seorang Pemuda Bandar dan seorang wakil
dari Pemuda orang Asli. Mari kita ikuti perbualan antara Pemuda Bandar
dan Pemuda Orang Asli ini.

P.Asli : Orang Bandar kebanyakan semuanya pengotor!

P.Bandar : Eh ! kenapa pulak?

P.Asli : Yelah,1.orang bandar suka makan ayam kg, ayam kg suka Makan
taik manusia, 2. orang bandar suka makan lembu, lembu suka makan rumput
yang tumbuh merata-rata bercampur dgn segala macam najis dan
dipijak-pijak manusia. tengok kita Orang asli, makan semua jenis yang
'terbang'sahaja jadi, kebersihannya terjamin. Contohnya; Orang Asli suka
makan monyet, monyet makan buah-buahan, Orang Asli suka makan Tupai,
Tupai makan buah-buahan, Orang Asli suka makan burung, Burung pun suka
makan buah-buahan.

P.Bandar : Panas jugak rasa hati ni. Lalu berfikir macamana nak kenakan
Pemuda Asli yg angkuh itu. Lalu Pemuda Bandar punbertanya,
"Oh!orang-orang awak suka makan jenis yg 'terbang' ajelah ye..? Kalau
macam tu 'HELIKOPTER' makan tak?"

P.Asli : Terbang tak?

P.Bandar : Oh terbang....

P.Asli : Makan sikit-sikit!

Moral of the story : Kalau dah bodoh jangan sombong.___

Mati ketika sujud...Di Masjid Nabawi...Indahya...

Monday, May 24, 2010

Letih nk bc..klau rajin bcala...Kebaikan coke

10 kebaikan air Coke Cola
Dilulus terbit pada Wednesday, October 19 @ 21:43:28 MYT oleh LinuxPro

satu_duo menulis - " Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna?
Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :
1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!
2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!
4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!
Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.
Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.
Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!
Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak bapak dan Keluarga 69.
Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.
Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalamasa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!
Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.
DiIndia, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak. Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!
Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?
Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.
Tepuk dahi tanya hati....nak minum ke tak? Saya pun minum sekali sekala! Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC [Syarikat Yahudi gak!!], time raya, time parti, time kenduri, time bola piala dunia dll.
Terima kasih kerana memberi masa untuk membaca. Rajin membaca pasti berjaya. Luang-luangkanlah masa untuk membaca.
"

How to write a resignation letter




Nama syaitan yg wujud didalam Al-Fatihah

Assalamualaikum,

untuk pengetahuan bersama silalah baca ...mudah2an kita mendapat taufiq dan hidayah Allah .....amiin



Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat,

apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah
bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah

kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan



Nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.


Nama syaitan;


1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH


2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB


3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU


4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK


5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS


6) IYA (disebut tanpa sabdu) sepatutnya IYYA. Iya bermaksud
'matahari'
"Mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta
pertolongan....!!!!"


7) SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa
henti.


8) AMIN ...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul
iaitu: -


"AA......dua harakat, MIN .... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan
Dengan Amin malaikat ..... Insya-Allah. semoga kita menjadi orang
yang
Sentiasa membaiki bacaannya.."

Sunday, May 23, 2010

surat memohon kerja kosong..

Surat ini memang betul diterima oleh MAS..........


Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar
5 Jalan 3/4Taman Bukit Indah
68000 Ampang Selangor.
(Rumah pakcik saya)


Tuan Pengurus Besar Kanan Malaysia Airlines System21 Sep 2005

Tuan,

Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.
Sehubungan dengan perkara diatas, saya Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar no
k/p831021-10-5889 mahu memohon untuk bekerja disyarikat tuan dalam bidang
teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai tak boleh
tido malam mengingatkan pekerjaan dalam dalam bidang ini. Walaupun begitu
saya mengaku sebab saya mintak kerja disini kerana saya juga adalah seorang
petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan kenalah ambil saya bekerja
disini.

1. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya iaitu ABD GHAFAR adalah
seorang ahli KWSP. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja saya serta
merta akan menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa
tua nanti. Jika pihak tuan tak nak susah baiklah ambil saya bekerjadisini.
Itu saja keotaian saya.


2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan
akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.


3. Akademik Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-2000
Matapelajaran : (gred)

Bahasa Malaysia 6D
Bahasa Inggeris 6D
Sains 7E
Matematik 6D
Pendidikan Islam 5C
Sejarah 7E
Lukisan geometri 7E
Teknologi air-condition 6D
Kerja bengkel 3B

Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK)

Sijil Kejuruteraan Automotive (Tahap 1&2) dari Institut Latihan
Perindustrian Kementerian Sumber Manusia Malaysia ..

4. Pengalaman kerja :
Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh , Perak
Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang, KualaLumpur
(kedai gemok)p/s (alignment kat situ tipu)
Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka. (pusat serenti)


5. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan.
Diharap dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja
disyarikat tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan. Dan saya berasa gembira
&seronok & akan belanja satu MAS makan sekiranya diterima bekerja disyarikat
tuan dan saya berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguhdisamping
bangun awal dan datang kerja awal.

Saya tak tipu nie. Walaupun saya pernah ponteng skolah dan ditangkapbeberapa
kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini. Saya tidak akan hisap
ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini.

Sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan tidak
boleh ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saya sahaja.Untuk
makluman tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 sayaakan
bersepai dan pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat. Sayajuga
berjanji tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2.jika saya nak mencurisaya
akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri.
Saya pun dah penat menulis segala nya bermula & berakhir dgnbaik. Jika pihak
tuan tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akanberakhir dengan
bacaan yasin. Dan kunjungan org ramai.


Sekian terima kasih.

Yang benar,
Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar)
25 Jalan 3/4Taman Bukit Indah
68000 AmpangSelangor

Sapa sudi makan????


Mengahwini wanita hamil

> Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.
> Perkahwinan
> seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya
> memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnant
> luar
>
> nikah, cepat cepat
> kahwinkan.
>
> Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu
> kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... .
>
> Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak
> persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan
> bersama anda di sini kerana ianya amat penting:
>
>> Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis
> belum
>> berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
>> Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu
> dilahirkan.
>
>> Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia
> mengahwini
>> gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
>> Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu
>> dilahirkan.
>
>> Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
>> Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak
> boleh
>> mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah
>> kepada bayi yang dikandung itu.
>
>> Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk
>> memperbetulkan keadaan?
>> Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu
>> sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah
>> mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.
>
>> Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
>> Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan
> itu
>
>> tidak sah.
>
>> Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
>> Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK
> untuk
>> menuntut apa-apa daripada ayahnya.
>
>> Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada
> anak
>> tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak
> perempuannya
>> sendiri?
>> Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.
>
>> Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim
> (atau
>> bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan
> yang
>> sewajarnya?
>> Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu
> sehingga
>> perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.
>
>> Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini,
>> apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga
> tepi
> kain
>> sendiri?
> Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian
> tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang
> untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang
> lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah
> taraf.
>
>> Tolong jangan abaikan email ini. Ini merupakan satu perkara yang
> serious
>> jadi, fahami dan dalami betul-betul dan bincanglah dengan Imam/ustaz
>> sekiranya perlu.
>
> mafhumnya:
>> Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan
> matiku,
>> hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian
>> alam".

Wednesday, May 19, 2010

perbezaan otak lelaki dn perempuan...cubala...

Perbezaan Otak Lelaki dan Perempuan

Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita,
diantara keunikan itu sudah tentulah otak manusia.. dibawah ini ada
ujian yang menarik untuk dicuba bersama.....



Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan dan jangan cuba
menipu diri anda sendiri




Kira jumlah huruf F's dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

dah selesai?

Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!
























OK?

berapa banyak?

tiga? (anda tentunya seorang lelaki!!!)

baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula..

Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah ini...




















otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF".

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat megira kesemua 6 F's pada permulaan ujian
memiliki otak PEREMPUAN

Cuba la dengan kawan2 anda untuk meguji setakat mana kebenaran
perkara ini.."





friendz forever

Chalk drawing..amazing right...



Ludah

>> >> >> kadang kita tidak perasan, kita selalu meludah air liur
> merata-rata
>> > dan
>> >> >> tanpa menghirau tempat tu kotor atau tempat najis.
>> >> >>
>> >> >> Di dalam islam asal nak meludah pun air liur sekali pun ada
>> >> >> cara-caranya.
>> >> >> Kalau nak meludah air liur atau apa-apa didalam mulut janganlah
>> > didepan
>> >> >> orang ramai atau orang sedang menjamu selera.
>> >> >>
>> >> >> Kita sebagai umat islam mesti menjaga kebersihan dan jangan
> meludah
>> > air
>> >> >> liur di tempat-tempat yang kotor seperti didalam tandas, longkang
> dan
>> >> >> tempat-tempat kotor yang lain.
>> >> >>
>> >> >> Yang amat penting kita perlu tahu ialah:-
>> >> >>
>> >> >> 1) Jika meludah kekiri - Kita akan meludah kepada syaitan/Iblis
>> >> >> (DIGALAKKAN)
>> >> >>
>> >> >> 2) Jika meludah ke kanan - Kita seperti telah meludah ke arah Nabi
>> > kita
>> >> >> iaitu Mohammad SAW ( Nauzubilah)
>> >> >>
>> >> >> 3) Jika meludah Ke depan - Kita seperti telah meludah kearah ALLAH
>> > SWT.
>> >> >> (Nauzubilah )
>> >> >>
>> >> >> Jadi ingat-ingatlah ketika ingin meludah tu, Meludah lah Selalu ke
>> >> >> Sebelah Kiri.
>> >> >>
>> >> >> Wallahualam

Tuesday, May 18, 2010

Kisah Pak Pandir dengan Ikan keli...

Kisah 'Pak Pandir dan ikan keli' ::

Mak Andih: Oi bapaknya! Macam mana nak siang ikan ni? hidup lagi ni.

Pak Pandir: Apa yang susahnya tu mak andih?

Mak Andih: Nak ketuk kepala ikan sadis la pulak.

Pak Pandir: Tu pun nak dikecohkan. Maknya rendam saja ikan tu dalam air, Kasi lemas ikan tu.sekejap lagi mampos la tu.

Mak Andih: %*&^*&#@

Mesti Rangup nie...nak cubew satay nie??




The Miracle of Heart Beat...

Scientist has proved that the sound which comes from heart beat is
LUB DUB. But now they analyze that it is RUB RUB... RUB is an Arabic word
which means who made each n everything.... That is ALLAH............So it
means every heart beat says ALLAH ALLAH............. If you believe in
this...........forward this to all your friend....subhanallah.........

Monday, May 17, 2010

Kenapa Mati Hari Jumaat???

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap
mengalami kejadian pelik..

Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada setiap
hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka.
Perkara ini sangat membingungkan para doktor... Lalu para doktor memutuskan
untuk memantau katil tersebut...mungkin makhluk halus ada menetap disitu.

Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya... beberapa org doktor bersiap
sedia untuk mengenalpasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang
mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda sedang tidur... Beberapa
doktor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus.
Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am...
tiba-tiba......

Pintu bilik ICU itu terbuka....

Kemudian masuklah Makcik Timah Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci
yang hanya bertugas setiap hari Jumaat..

Makcik Timah masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus
mencabut soket elektrik untuk alat pernafasan bantuan agar dapat
menghidupkan.....
vacuum cleanernya....

Jangan Pandang belakang....

Petua Imam Syafie

PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARANABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Sunday, May 16, 2010

Dialog Ayam dan lembu

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!

Lembu : Kenapa kau kata macam tu?

Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!

Lembu : Hah! Buat apa pulak?

Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga
ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi
manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan
telor aku, macamana aku nak dapat anak!

Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!

Ayam : ?? Maksud kau?

Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri
pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi
sorang pun tak pernah panggil aku MAK!

Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)

Pelan Pendidikan Nasional

Adab mendengar Azan.

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya
yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa
kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat
berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah
kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah
akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini
jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan
diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib
menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu
kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan
diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah
akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan
kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang
mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan
syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah
ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya
Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap
kalimah "Lailahaillallah. ." semasa sakaratul maut
menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal
a'lamin.."

Saturday, May 15, 2010

Cuba teka...

Suatu hari di Fakulti Sains sebuah Universiti Tempatan..sedang berlangsung ujian berkaitan serangga..
Ujian kali ini sungguh susah... Mahasiswa mesti mampu menentukan jenis dan nama serangga dari potongan-potongan kaki yang diberikan oleh Pensyarah...
Dua jam sudah berlalu. Tidak ada seorangpun pun yang boleh menjawab soalan ujian.
Seorang mahasiswa yang amat kecewa.. memutuskan untuk keluar dewan Ujian...
dia menghempas daun pintu dengan kuat... "Dummmm!!!!"
Melihat keadaan itu... pensyarah didalam dewan marah dengan berkata..
"Hey! suka hati mak bapak hang je hempas pintu tu ye?!
Siapa nama kau !!!"
Mahasiswa yang sudah terlanjur berada di luar segera menjulurkan kakinya ke pintu sambil berkata...
"Nie kaki saya... encik... Cuba encik teka.. siapa nama saya?"

Safety 1st....



Assalam Mu'alaikum Wbrth! Dan Salam Sejahtera! Sahabat2 semua yang Islam dan juga yang Bukan Islam... bacalah Email ini dari sahabat yg menetap di US:
"Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.
Dia adalah seorang Doktor Neurologi .
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an" .
Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainy a.
Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,
maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.
Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!
Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam......Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!
tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!
Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini."

Friday, May 14, 2010

Astaghfirullah....Ajaran sesat...

Cubew pikir....

Beauty Of Mathematics!!!!





1 x 8 + 1 = 9

12 x 8 + 2 = 98

123 x 8 + 3 = 987

1234 x 8 + 4 = 9876

12345 x 8 + 5 = 98765

123456 x 8 + 6 = 987654

1234567 x 8 + 7 = 9876543

12345678 x 8 + 8 = 98765432

123456789 x 8 + 9 = 987654321



1 x 9 + 2 = 11

12 x 9 + 3 = 111

123 x 9 + 4 = 1111

1234 x 9 + 5 = 11111

12345 x 9 + 6 = 111111

123456 x 9 + 7 = 1111111

1234567 x 9 + 8 = 11111111

12345678 x 9 + 9 = 111111111

123456789 x 9 +10= 1111111111



9 x 9 + 7 = 88

98 x 9 + 6 = 888

987 x 9 + 5 = 8888

9876 x 9 + 4 = 88888

98765 x 9 + 3 = 888888

987654 x 9 + 2 = 8888888

9876543 x 9 + 1 = 88888888

98765432 x 9 + 0 = 888888888



Brilliant, isn't it?
And finally, take a look at this symmetry:



1 x 1 = 1

11 x 11 = 121

111 x 111 = 12321

1111 x 1111 = 1234321

11111 x 11111 = 123454321

111111 x 111111 = 12345654321

1111111 x 1111111 = 1234567654321

11111111 x 11111111 = 123456787654321

111111111 x 111111111=12345678987654321

Keciknyew umah dia....sapew2 xdew tanah leyyla wat nie...huhuhu





Jom naik moto ngan saya....



New Arrival Harley Davidson...

jom smew2 naik....

Pelik tapi benar....