Monday, May 17, 2010

Kenapa Mati Hari Jumaat???

Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap
mengalami kejadian pelik..

Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada setiap
hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka.
Perkara ini sangat membingungkan para doktor... Lalu para doktor memutuskan
untuk memantau katil tersebut...mungkin makhluk halus ada menetap disitu.

Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya... beberapa org doktor bersiap
sedia untuk mengenalpasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang
mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda sedang tidur... Beberapa
doktor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus.
Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am...
tiba-tiba......

Pintu bilik ICU itu terbuka....

Kemudian masuklah Makcik Timah Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci
yang hanya bertugas setiap hari Jumaat..

Makcik Timah masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus
mencabut soket elektrik untuk alat pernafasan bantuan agar dapat
menghidupkan.....
vacuum cleanernya....

Jangan Pandang belakang....

Petua Imam Syafie

PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARANABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Sunday, May 16, 2010

Dialog Ayam dan lembu

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!

Lembu : Kenapa kau kata macam tu?

Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!

Lembu : Hah! Buat apa pulak?

Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga
ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi
manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan
telor aku, macamana aku nak dapat anak!

Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!

Ayam : ?? Maksud kau?

Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri
pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi
sorang pun tak pernah panggil aku MAK!

Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)

Pelan Pendidikan Nasional

Adab mendengar Azan.

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya
yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa
kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat
berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah
kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah
akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini
jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan
diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib
menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu
kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan
diri.

Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah
akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan
kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah. ." yang
mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan
syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah
ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya
Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap
kalimah "Lailahaillallah. ." semasa sakaratul maut
menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal
a'lamin.."

Saturday, May 15, 2010

Cuba teka...

Suatu hari di Fakulti Sains sebuah Universiti Tempatan..sedang berlangsung ujian berkaitan serangga..
Ujian kali ini sungguh susah... Mahasiswa mesti mampu menentukan jenis dan nama serangga dari potongan-potongan kaki yang diberikan oleh Pensyarah...
Dua jam sudah berlalu. Tidak ada seorangpun pun yang boleh menjawab soalan ujian.
Seorang mahasiswa yang amat kecewa.. memutuskan untuk keluar dewan Ujian...
dia menghempas daun pintu dengan kuat... "Dummmm!!!!"
Melihat keadaan itu... pensyarah didalam dewan marah dengan berkata..
"Hey! suka hati mak bapak hang je hempas pintu tu ye?!
Siapa nama kau !!!"
Mahasiswa yang sudah terlanjur berada di luar segera menjulurkan kakinya ke pintu sambil berkata...
"Nie kaki saya... encik... Cuba encik teka.. siapa nama saya?"